Monday 6 May 2013

10 Pruduk Inovasi UPM - Belum dikomersilkan

1)Alternatif rawatan kanser serviks

SUDAH banyak diperkatakan mengenai barah serviks atau pangkal rahim atau kanser yang menyerang bahagian reproduktif wanita.

Namun, selain aspek perubatan, penyelidik juga giat mencari kaedah atau penemuan yang boleh dijadikan alternatif bagi merawat penyakit ini. Terbaru, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan semula jadi khusus bagi merawat dan kanser serviks pada peringkat awal lagi.

Kajian enam tahun sejak 2002 berasaskan herba tempatan atau lebih dikenali sebagai daun lempoyang itu akhirnya membuahkan penemuan yang mengagumkan

Lempoyang daripada spesies halia dan juga dipanggil halia hutan atau liar ini agak mudah ditemui kerana tumbuh liar di kawasan semak samun. Pokoknya yang mempunyai bunga cantik, menyerupai pokok bunga kantan dengan daun tirus.

Apakah istimewanya penemuan terbaru itu? Menurut pensyarah dan Ketua Penyelidik Jabatan Biomedikal Sains, Institut Biosains UPM, Dr Ahmad Bustaman Abdul, hasil kajian mereka mempunyai kemampuan rawatan sama seperti ubat anti kanser komersial yang sering digunakan bagi merawat pesakit, tetapi pada masa sama, tidak membunuh sel-sel normal atau sihat yang lain.



2)Alat proses Buah 3 Fungsi

Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Fakulti
Kejuruteraan telah menghasilkan sebuah alat yang dapat memudahkan proses memarut, mengupas dan memotong buah-buahan serta sayur-sayuran, iaitu Pemarut dan Pengupas Buah.

Perbezaan alat tersebut dengan pengupas lain di pasaran ialah ia dilengkapi dengan multifungsi memarut, mengupas dan memotong secara automatik.


Ketua penyelidik, Dr. Siti Mazlina Mustapa Kamal berkata alat yang bersifat ‘hygienic’ itu menjimatkan masa, mengurangkan kos operasi dan mampu mengupas buah pada kadar yang tinggi selain meningkatkan kecekapan pemprosesan produk buah-buahan.

Alat yang dianggarkan berharga dari RM100 hingga RM150 ini sesuai digunakan untuk pelbagai jenis buah bersaiz kecil dan sederhana termasuk buah-buahan eksotik seperti buah naga.

Manakala sayur-sayuran yang boleh dikupas menggunakan alat ini seperti timun, kentang,dan keledek.



3)Pengganti garam 

Dinamakan KardioMate yang dihasilkan daripada rumpai laut dan darat, ia didapati memberi manfaat kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).

 KardioMate juga sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, ter-utama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser, tiroid dan kolestrol tinggi.

Penyelidik Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, berkata KardioMate mempunyai ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium, kalsium, kalium, iodin, zink, kuprum dan selium.

Menerusi kajian terhadap haiwan di makmal, KardioMate didapati mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah."

“Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,” katanya pada sidang media Putra Cipta di UPM, semalam. Hadir sama Pengarah Institut Biosains UPM, Prof Dr Fatimah Yusof.

Berbanding garam biasa, KardioMate memiliki ciri antioksida yang baik untuk kesihatan dan kesegaran makanan. Selain garam alternatif, ia boleh dijadikan sebagai perasa masakan, sos, snek atau dicampur dalam aiskrim dan minuman.

Serat rumpai laut ini juga boleh dijadikan bahan kosmetik dan krim topikal memandangkan antibodi yang dihasilkannya sama seperti gamat yang kini luas dikomersilkan.



4) Ratakan Batang Buloh 

Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan kaedah baru untuk mengubah batang buluh dari bentuk silinder kepada kepingan rata bagi kegunaan pembuatan papan buluh laminasi dan inovasi baru itu merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.
Penyelidik Jabatan Pengeluaran Prof Madya Dr Edi Suhaimi Bakar berkata, teknologi itu dinamakan sebagai ‘V-Grooving’ (Pengaluran bentuk V) yang merupakan alternatif bagi menangani masalah bekalan kayu dalam industri kayu di negara ini.
“Saya yakin bahawa buluh mempunyai ciri-ciri yang sama, atau kadang-kadang lebih baik daripada kayu. Buluh dijadikan sebagai bahan alternatif kepada kayu.
“Biasanya papan buluh laminasi menggunakan kaedah ‘splitting-squaring’ (membahagikan kepada empat segi) tetapi ia tidak praktikal dan melibatkan 13 proses yang mengambil masa.

Dr Edi menunjukkan perbandingan antara kepingan buluh yang sudah diratakan dan sekeping lagi yang hampir diratakan.
 
“Namun kaedah V-Grooving hanya melibatkan antara tujuh dan lapan proses sahaja menjadikannya sebagai kaedah yang lebih efisien untuk memudahkan operasi,” katanya pada sidang media sempena Putra Cipta Siri Tujuh 2012 di Fakulti Perhutanan, UPM di sini, Selasa. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof Datuk Ir Dr Mohd Saleh Jaafar, Dekan Fakulti Perhutanan, Prof Datin Dr Faridah Hanum Ibrahim dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi, Penyelidikan dan Inovasi Putra Science Park, Prof Madya Dr Samsilah Roslan.
Dr Edi berkata, buluh dijadikan bahan alternatif kayu kerana ia cepat tumbuh, mesra alam, kuat dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.
“Antara kelebihan lain bagi kaedah V-Grooving ialah ia menjimatkan kos pengeluaran dan bahan mentah serta menghasilkan produk berkualiti dan bahan hijau.
“Inovasi baru ini juga meningkatkan pulangan bagi isi padu buluh yang telah diratakan dari 65 peratus ke 85 hingga 90 peratus,” katanya.

Protaip bagi teknologi 'V-Grooving' yang kini sedang menunggu pihak yang berminat untuk membangunkannya kepada skala yang sebenar.
Menurut Dr Edi, kaedah V-Grooving dapat menghasilkan mesin pemprosesan ringkas untuk operator separuh mahir serta usahawan kecil dan sederhana.
“Pengenalan mesin ini bukan sahaja memberikan peluang pekerjaan tetapi juga menjana pendapatan baru untuk masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Dr Mohd Saleh berkata, sebenarnya banyak teknologi yang berkaitan dengan perkayuan dan salah satu daripadanya ialah ‘V-Grooving’.
“Kami melakukan penyelidikan-penyelidikan yang berimpak tinggi dan UPM meneraju pembangunan dan penyelidikan dalam perkayuan.
“Produk ‘V-Grooving’ merupakan sesuatu yang unik. Jika tidak, ia tidak dipatenkan pada awal tahun,” katanya.

Dr Mohd Salleh.
Mengenai mengkormersialkan teknologi itu ke peringkat antarabangsa berikutan ia merupakan yang pertama seumpamanya di dunia, Dr Mohd Saleh berkata, “Itulah hasrat kita sebenarnya tetapi kita sebagai sebuah universiti tidak boleh beroperasi sebagai entiti perniagaan.
“Bagaimanapun, kita amat berharap agar produk ini disasarkan untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa,” kata beliau.

Menurut Dr Mohd Saleh, setakat ini lebih 10 pihak yang berminat untuk mengadakan kerjasama dengan UPM melibatkan teknologi ‘V-Grooving’.
“Pada masa ini, ia masih dalam peringkat perbincangan untuk pelesenan. Ia (pelesenan) merupakan langkah yang penting dalam teknologi yang dihasilkan sebelum ia boleh dibangunkan sebagai produk berskala yang sebenar,” katanya.
Mengenai buluh sebagai bahan alternatif kayu, Dr Mohd Salleh berkata, ia merupakan aspek yang amat penting berdasarkan kemapanan dalam industri perkayuan.
Dr Edi (kiri) bersama seorang lagi penyelidik, Prof Madya Dr Zaidon Ashaari bersama pengiktirafan teknologi 'V-Grooving' yang mendapat Pingat Emas pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2012.
“Produk-produk yang berpotensi untuk kemapanan dalam industri harus diketengahkan. Ini yang kita dapat lihat pada potensi buluh.
“Kita perlu menambah nilai kepada sesuatu produk. Salah satu kemampuan produk (V-Grooving) adalah menambah nilai buluh,” katanya.
Beliau menambah, buluh mempunyai ketahanan yang sesuai untuk digunakan dalam pembinaan bangunan selain untuk bahan membuat perabot dan perhiasan.
Selain Dr Edi, teknologi 'V-Grooving' dilakukan oleh sekumpulan penyelidik iaitu Prof Madya Dr Zaidon Ashaari, Prof Madya Mohd Zin Jusoh dan Dzafarin Saharani, masing-masing daripada Fakulti Perhutanan UPM.
Inovasi V-Grooving mendapat pengiktirafan Pingat Emas pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2012.
 
5) Rekabentuk Berasaskan Tumbuhan Tropika

Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan satu kaedah inovasi bagi membuat reka bentuk bermotifkan tumbuhan hidup atau dikenali sebagai Konsep Pokok hidup: Transformasi Rekabentuk Berasaskan Tumbuhan Tropika.
Pensyarah Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) UPM, Dr. Zulkifli Muslim berkata, hasil yang diperoleh itu merupakan alternatif kepada pereka, pengeluar atau individu tempatan mencipta variasi realiti yang menggabungkan wawasan seni, sains serta nilai estetika negara khususnya pada jubin, perabot, bangunan dan sebagainya .
"Kelebihan proses transformasi ini adalah untuk meningkatkan alternatif reka bentuk yang lengkap, teratur dan mudah diubahsuai serta mesra pengguna dengan tidak bergantung sepenuhnya pada kaedah ilustrasi konvensional tetapi diaplikasikan dengan teknik digital.
"Ini sekali gus dapat menggalakkan lebih ramai pereka tempatan menghasilkan produk reka bentuk yang inovatif bercirikan identiti negara menggunakan imej tumbuh-tumbuhan tempatan," katanya yang juga Ketua Projek tersebut dalam sidang akhbar Putra Cipta Siri 1/2013 di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengarah UPM Holdings Sdn. Bhd, Prof. Dr. Husaini Omar dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Penyelidikan dan Inovasi, Putra Science Park, Prof. Madya Dr. Samsilan Roslan.
Tambah Zulkifli, kaedah yang teratur itu hanya memerlukan teknik ringkas dan menjimatkan masa pereka untuk menghasilkan reka bentuk sesuatu produk dan tidak perlu berpandukan pada sumber idea dan hasil reka bentuk dari luar negara.
Sementara itu, Samsilan berkata, pihaknya menyasarkan kaedah inovasi baharu tersebut dapat dikomersialkan tidak lama lagi.
"Banyak pihak industri berminat dengan kaedah inovasi itu dan kita juga telah mempatenkannya serta memenangi pingat emas dalam Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM awal tahun ini.
"Kita juga menjemput pihak yang berminat bekerjasama dengan kami bagi membangunkan kaedah itu untuk dikomersial dan digunakan pihak industri," ujarnya.


6) Produk Tumbesaran Ternakan

Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini melancarkan produk makanan haiwan, 'Monogastric Animal Feed' yang dapat membantu pembesaran ternakan secara konsisten.
Majlis pelancaran produk itu disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum di Dewan Besar UPM, Serdang dekat sini.
Pada sidang akhbar kemudiannya, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Ir Dr. Mohd. Saleh Jaafar berkata, pembesaran yong konsisten berlaku apabila bahan metabolit yang terkandung dalam produk tersebut dapat meningkatkan asid laktik dalam sistem pencernaan haiwan ternakan.
"Asid laktik penting bagi mengurangkan cirit-birit dan memperbaiki sistem pertahanan badan haiwan ternakan.
"Selain itu, metabolit juga berperanan memastikan organ penghadaman dan proses pembesaran berada dalam keadaan yang baik," katanya.
Majlis pelancaran produk berkenaan berlangsung sempena Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) Kesembilan UPM yang berakhir esok.
Pameran selama tiga hari itu disertai 570 pensyarah, felo penyelidik, pelajar program pasca doktoral dan siswazah serta pegawai penyelidik universiti tersebut.
Sementara itu, menurut Mohd. Saleh, 'Monogastric Animal Feed' boleh menggantikan penggunaan antibiotik yang biasa digunakan penternak untuk mempercepatkan pembesaran haiwan.
"Penggunaan antibiotik memberi risiko kepada haiwan ternakan antaranya meningkatkan kandungan kolestrol dalam darah.
"Oleh itu, kami di pihak UPM menyeru supaya pengilang makanan haiwan ternakan dan penternak menggunakan produk ini kerana ia dijamin berkualiti tinggi," katanya.


7) Produk Mesra Alam Rawat Jangkitan E-coli Ayam Ternakan

Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi kajiannya menghasilkan sebuah produk mesra alam yang merupakan bahan biologikal semulajadi untuk merawat jangkitan E-coli bagi ayam ternakan.
Pensyarah Mikrobiologi Gunaan dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM, Prof Madya Dr Sieo Chin Chin berkata, produk itu dikenali sebagai ECPhage membantu mengurangkan kadar kematian ayam dijangkiti wabak berkenaan sebanyak 70 peratus.
“Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar pemakanan ayam yang tinggi iaitu 34.8 kilogram per kapita dan jumlah itu semakin meningkat.
“Oleh itu, penternak perlu memastikan bekalan ayam mencukupi, sihat dan selamat untuk memenuhi permintaan, melebihi 80 peratus sumber daging dalam pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Dr Sieo berkata, ECPhage yang dihasilkan menerusi kajian selama lima tahun sejak tahun 2007 itu merupakan bahan mesra alam yang tidak mempunyai masalah dengan kerintangan bakteria.
Beliau menjelaskan, penggunaannya adalah mudah, berkesan dan selamat.
“Kaedah rawatan sekarang menggunakan antiobiotik dengan dos yang tinggi untuk lima sehingga 10 kali sehari, dan kurang berkesan apabila bakteria lali dengan antibiotik berkenaan.
“Tetapi ECPhage hanya menggunakan satu dos sahaja, dan tindak balasnya adalah singkat apabila 98.9 peratus daripadanya menyerap bakteria yang didedahkan dalam masa dua minit,” katanya.
Beliau menambah, proses ECPhage berulang selagi bakteria masih wujud dan sebanyak 100,000 bakteria dapat dikurangkan dalam masa 25 minit.
Ketika ditanya mengenai kecekapan kos, Dr Sieo berkata, ia setaraf dengan kos rawatan sekarang tetapi lebih murah dihasilkan dalam skala besar.
“Produk ini masih baru dan kami kini sedang mencari peluang untuk menarik perhatian pasaran selain usahasama mana-mana pihak bagi pemindahan teknologi,” kata beliau.
Kajian tentang penghasilan ECPhage itu turut melibatkan Prof Dr Ho Yin Wan dan Lau Gee Leng daripada Institut Biosains, Prof Dr Tan Wen Siang (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul) dan Prof Dr M. Hair-Bejo serta Dr Jalila Abu (Fakulti Perubatan).
Kajian tersebut mendapat pengiktirafan iaitu Pingat Emas pada Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-23 (Itex 2012), Anugerah Kecemerlangan bagi Pameran Rekacipta dan Produk Baru (Inpex 2012) dan Pingat Emas dalam Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi UPM 2011.


8) Produk Kesihatan dari beras Perang

Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya
menghasilkan produk kesihatan daripada beras perang cambah bagi mencegah dan
mengurang risiko penyakit seperti kencing manis, sakit jantung
dan Alzheimer.
Produk yang diberi nama OryGOLD itu adalah hasil penyelidikan
sekumpulan penyelidik UPM yang diketuai Profesor Dr Maznah Ismail dari Institut
Biosains.
Dr Maznah berkata produk itu yang dihasilkan menerusi proses percambahan
beras perang boleh dijadikan minuman lengkap dan sesuai sebagai minuman
harian.
"Produk minuman OryGOLD boleh didapati di pasaran menerusi pengedar terpilih
dengan harga RM25.00 sekotak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata turut dihasilkan ialah produk makanan OrygGOLD yang
boleh menjadi alternatif kepada beras putih.

UPM-ORYGOLD 2 (AKHIR) SERDANG
"Ia juga boleh digunakan sebagai bahan asas kepada penghasilan makanan
berasaskan bijirin seperti minuman bijiran segera, bubur segara, bar tenaga dan
emping," katanya.
Namun Dr Maznah berkata buat masa ini hanya minuman OryGOLD yang terdapat di
pasaran.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang
melancarkan produk itu berkata ia merupakan satu lagi kejayaan penyelidikan
inovasi oleh UPM.
"Kalau sebelum ini kita hanya mengetahui beras sebagai makanan harian, kini
beras boleh menjadi makanan kesihatan," katanya.


9) Produk Jadikan Buloh Pengganti Kayu

Penggunaan buluh sebagai alternatif bagi kayu dapat diperluaskan lagi dengan penemuan inovasi baru oleh penyelidik Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui kaedah 'V-Grooving' bagi merubah batang buluh dari bentuk silinder kepada kepingan rata.
Ketua Penyelidiknya, Prof. Madya Dr. Edi Suhaimi Bakar percaya melalui kaedah tersebut, hasil yang diperoleh dapat menjadi alternatif kepada kayu kerana sifatnya yang sama.
"Kaedah ini belum lagi dibuat di dalam mahu pun luar negara. Inovasi ini menjadikan buluh sebagai kepingan rata bagi kegunaan pembuatan papan buluh laminasi (PBL) dan pelbagai produk kayu.
"Kaedah ini hanya melibatkan proses singkat dan mesin V-Grooving yang ringkas sehingga boleh menjimatkan masa dan mengurangkan kos pengeluaran, namun dapat menghasilkan produk berkualiti berbanding kaedah biasa digunakan iaitu belah dan bersegi melibatkan proses yang panjang," katanya pada sidang akhbar Putra Cipta Siri 7/2012 di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Saleh Jaafar dan Dekan Fakulti Perhutanan, Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim.
Tambah Edi Suhaimi, kaedah itu dapat dikendalikan oleh pekerja separa mahir dan digunakan dalam industri kecil dan sederhana di samping mencipta peluang pekerjaan serta penjanaan pendapatan baru.
Sementara itu, Mohd. Saleh berkata, pihaknya menyasarkan inovasi baru itu dapat dikomersialkan pada tahun ini.
"Banyak pihak industri telah berminat dengan kaedah V-Grooving yang kita tunjukkan dalam pameran. Kita juga telah mempatenkannya dan memenangi pingat emas dalam Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) di sini awal tahun ini.
"Kita juga menjemput pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan kami bagi membangunkan kaedah itu bagi dikomersial dan digunakan dalam industri," ujarnya.

10) Mesin Nenas 3 Dalam 1

Sejajar dengan Tahun Inovasi 2010, Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta "Mesin Nanas 3 Dalam 1" yang akan meningkatkan produktiviti produk makanan berasaskan nanas terutama dalam mekanisme pemprosesannya. Inovasi hasil penyelidikan Dr Rosnah Shamsudin dari Fakulti Kejuruteraan UPM itu akan memudahkan proses pengupasan kulit dan empulur selain berfungsi sebagai pemotong nanas keping dan kiub.
Mesin nanas yang boleh beroperasi secara manual atau automatik itu akan memberi manfaat besar kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) nanas, antara lain dalam pembuatan jem, kuih muih dan nanas tin.
"Pineapple-multipeeler' ini akan menjimatkan tenaga, masa, ekonomik dan selamat untuk digunakan," kata Rosnah pada sidang media mengenai inovasi itu yang masih di peringkat pra-pengkomersilan di UPM Serdang di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) Fakulti Kejuruteraan, Prof Madya Dr Robiah Yunus.
Mesin diperbuat daripada besi tahan karat itu siap dalam tempoh setahun pembangunan dan penyelidikan (R&D) bermula 2008 dengan menggunakan dana penyelidikan RM30,000 daripada UPM.
"Idea untuk mencipta mesin ini kerana kita menyedari ia amat diperlukan oleh IKS nanas," kata Rosnah yang turut mendapat nasihat daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).
Mengikut MPIB, mesin nanas itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.
Rosnah berkata, mesin nanas itu telah dipatenkan pada 13 November lepas.
Walaupun kos pembuatan mesin itu pada peringkat R&D mencecah RM5,000 sebuah, ia akan jauh lebih murah apabila dikomersilkan kelak, kata pensyarah penyelidik itu.



Sumber : Rawatan Kanser Serviks 
Sumber : Alat Proses Buah 3 Fungsi 
Sumber : Pengganti Garam 
Sumber : mStar Online 
Sumber : Utusan Online
Sumber : Utusan Online
Sumber : mStar Online 
Sumber : my news yahoo 
Sumber : Utusan Online 
Sumber : mStar Online 


No comments:

Post a Comment