Syed Mohd Razif Al Yahya
SRI
Sutra Travel Sdn Bhd (Sri Sutra), agensi pelancongan Bumiputera
pertama yang memperkenalkan konsep francais merancang untuk melahirkan
35 usahawan francais dalam tempoh lima tahun di 35 lokasi utama di
seluruh negara.
Berdasarkan
sambutan dan pertanyaan yang diterima oleh usahawan, Sri Sutra
menjangka akan mewujudkan semua usahawan francais itu dalam tempoh tiga
tahun.
Pengarah
Urusannya, Syed Mohd Razif Al Yahya, berkata pengenalan konsep
francais dalam industri pelancongan bertujuan untuk membantu usahawan
Bumiputera menceburi dalam industri berkenaan berdasarkan acuan dan
sistem pengurusan lengkap yang disediakan Sri Sutra.
Beliau
berkata, industri pelancongan kini banyak menyediakan peluang
perniagaan sampingan tetapi ia tidak menyediakan sistem yang lengkap
untuk memajukan industri itu.
“Bagi
menjadikan konsep pemasaran francais ini dengan lebih berkesan, kami
menyediakan perancangan lengkap termasuk sistem pengurusan yang tersusun
selain faktor lokasi yang strategik.
“Kami
mengehadkan 35 usahawan francais itu berdasarkan 35 lokasi strategik
yang sudah dikenal pasti menarik tumpuan pelanggan untuk mendapatkan
perkhidmatan dan produk pelancongan yang di tawarkan Sri Sutra,” katanya
ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya,
cawangan francais itu akan menggunakan jenama Sutra dan segala
pengurusan dan sistem akan diuruskan oleh anak syarikat Sri Sutra, Sutra
Francais Sdn Bhd.
“Berdasarkan
pengalaman 26 tahun dalam industri ini, kami yakin dapat menguruskan
35 usahawan francais itu ke tahap yang boleh dibanggakan,” katanya.
Buat
masa ini, pihaknya sudah melantik seorang usahawan untuk mengendalikan
cawangan francais Sutra di Senawang, Negeri Sembilan.
Syed
Mohd Razif berkata, lokasi cawangan francais Sutra akan ditempatkan
sama ada di ibu negeri atau bandar kedua terbesar setiap negeri.
Antara
lokasi yang dikenal pasti termasuk Kangar (Perlis); Alor Star, Sungai
Petani dan Pulau Langkawi (Kedah); Georgetown dan Seberang Prai (Pulau
Pinang); Ipoh dan Taiping (Perak), Petaling Jaya, Kajang, Bangi,
Puchong dan Shah Alam (Selangor) dan Bandar Melaka (Melaka).
Selain
itu, lokasi lain ialah di Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Segamat dan
Mersing (Johor); Kota Bharu (Kelantan); Kuala Terengganu (Terengganu)l;
Kuantan (Pahang); Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu (Sarawak); Kota
Kinabalu, Tawau dan Sandakan (Sabah) dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Usahawan
yang berminat perlu menyediakan kos keseluruhan sebanyak RM190,000
bagi penyediaan sistem, ubah suai pejabat, program latihan dan
peruntukan kewangan hadapan sehingga enam bulan.
Syed
Mohd Razif berkata, Sri Sutra kini menyediakan kira-kira 20,000 produk
pelancongan serta 200 pakej pelancongan untuk di tawarkan oleh
usahawan francaisnya.
Sumber: 6 OKTOBER 2008 - HARIAN METRO
No comments:
Post a Comment