Wednesday 15 May 2013

TERNAKAN LEMBU DAN KAMBING SECARA FIDLOT
 
 
LATAR BELAKANG SYARIKAT
 
Alfathannurab resources di asaskan dan di miliki oleh dua adik beradik.Puan Rohayu dan Cik Shakirin Abu Bakar .Syarikat adalah milik penuh bumiputra.
Bermula dengan perniagaan kecil kecilan mengedar kerepek dan jeruk.Selari dengan asas penubuhan syarikat untuk meperkasakan ekonomi bumiputra serta berkonsepkan islam serta halal.Syarikat telah memperluaskan lagi bidang perniagaan dengan memasuki bidang ternakan.
Bidang ternakan yang di ceburi adalah menternak lembu dan kambing secara fidlot.Ternakan ayam kampong,burung puyuh,itik penelor serta daging.
 
 
PELUANG KEPADA PENTERNAK
 
Kepada para ternakan lembu/kambing, atau mereka yang ingin menceburkan diri dalam penternakan kambing, kami sarankan… JANGAN TERBURU-BURU… Dapatkan maklumat dan latihan yang secukupnya
 
Tanah adalah faktor utama didalam bidang penternakan.Tanpa tanah samada milik sendiri atau sewa penternakan sukar di lakukan.Untiuk membina kandang serta pasarana ternakan lembu dan kambing fidlot memerlukan modal yang agak besar mencecah ratusan ribuan ringgit..
 
Walaupun industri ini mempunyai potensi yang besar, namun keuntungan tidak datang menggolek. Sumber penternakan anda itu perlu diteliti, dan dikaji sebelum membuat keputusan. Jangan sampai kita kecewa setelah menceburkan diri, mengorbankan masa dan berbelanja besar, apa yang disangka tidak menjadi kenyataan…
 
Diatas kesedaran ini kami di Alfathannurab Resources ingin membuka peluang baru kepada penternak penternak baru untuk memulakan perniagaan tanpa tanah dan kandang
Alfathannurab Resources menyediakankan kandang lembu serta kambing untuk di ternak secara fidlot untuk penternak -penternak baru .Kadar sewaan adalah seperti berikut
 
Jenis cara ternakan harga
 
Lembu fidlot RM5.00 sehari
Kambing fidlot RM2.00 sehari
 
• Kadar caj ini termasuk kos pemakanan /kos buruh /kos penjagaan kesihatan.
• Ternakan hendaklah di beli sediri oleh penternak dan di hantar ke ladang atau boleh di beli di ladang tempat kami menyediakan perkhidmatan ini.
• Cara terbaik untuk permulaan menceburi bidang penternakan.
• Tiada kos tersembunyi.
 
 
Cara berkurung atau fidlot
 
Lembu sentiasa di dalam kandang dengan mendapat makanan bermutu dan air bersih secukupnya. Makanan diberi samada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberi pada kadar berat kering 3 – 5 % dari berat badan lembu setiap hari. Rumput diberi pada waktu pagi manakala dedak pada sebelah petang.
Dengan cara ini anak lembu jantan muda pada berat asal antara 150-200 kg. akan digemukkan kepada berat akhir antara 350-400 kg. dalam masa kira-kira 6 bulan. (insyaallah) . Makanan bermutu yang halal digunakan berupa rumusan tunggal seperti PKC atau campuran dedak PKC dengan bahan-bahan makanan lain seperti rumput dan sisa-sisa pertanian yang lain.
 
 
 

No comments:

Post a Comment